Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkongsi gambar pertemuan dengan empat Menteri Besar lain dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menerusi hantaran di Facebook beliau. Foto Facebook Muhammad Sanusi Md Nor.

Enam negeri sepakat timbang bubar DUN Jun depan

ByBernama

SHAH ALAM, 22 Feb: Menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri hari ini mencapai kata sepakat untuk menimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam dua minggu terakhir pada Jun nanti bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri tahun ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan kesepakatan itu dicapai ketika sesi minum petang mereka di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 yang bersidang selama dua hari bermula hari ini.

“Alhamdulillah kami berenam mengambil kesempatan minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja Raja yang bersidang dua hari ini. Secara ringkas kami mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun 2023,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadadakan PRN tahun ini ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Dalam hantaran yang sama Amirudin turut berkongsi foto beliau duduk bersama dengan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Amirudin berkata persefahaman itu akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah bagi tujuan perkenan Sultan, Yang di-Pertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

“Semoga persefahaman ini dapat mempermudahkan usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, Insya-Allah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan