Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (empat dari kanan) menerima kunjungan hormat dua Duta Besar Malaysia ke Brazil dan Holy See di sini hari ini. Foto TVS.

Dua Duta Besar Malaysia asal Sarawak azam beri khidmat terbaik

BySalasiah Safian

KUCHING, 22 Feb: Dua Duta Besar Malaysia berasal dari Sarawak berazam akan memberikan khidmat terbaik mereka apabila memulakan tugas di negara yang ditempatkan.

Duta Besar Malaysia ke Brazil, Gloria Corina Tiwet berkata, antara perkara yang akan difokuskan oleh beliau ialah mengukuhkan kerjasama Malaysia dalam bidang pertanian dengan negara di Amerika Selatan itu.

Katanya, ini kerana terdapat banyak potensi dalam kegiatan berkenaan selain mahu meningkatkan kerjasama perdagangan.

“Kerajaan Malaysia sedang mengkaji untuk kerjasama perdagangan (dengan Brazil) dan sudah tentu ini dapat dijayakan menerusi kerjasama dua hala membabitkan pemimpin kita,” katanya.

Gloria Corina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Rosey Yunus.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Holy See, Hendy Assan pula berkata, pihaknya akan mempromosikan dialog antara agama.

Kata beliau, Malaysia bersedia untuk berkongsi pengalaman menguruskan soal keharmonian membabitkan agama di sini yang mana negara-negara Islam yang progresif memandang tinggi kepada Malaysia.

“Kita akan mengadakan perkongsian seperti ini dan pada masa yang sama saya juga akan menjaga kebajikan rakyat Malaysia di Kota Vatican.

“Selain itu, sudah tentu kita juga boleh bekerjasama dalam bidang lain seperti sosial, budaya, pendidikan.

“Saya akan melakukan lebih banyak perkara untuk mengeratkan hubungan kedua – dua negara,” katanya.

Kami cuba melakukan lebih banyak dan menjadikan hubungan antara kedua-duanya lebih erat,” ujar Hendy.

Pada 9 Februari lepas, Gloria Corina dan Hendy merupakan antara 10 ketua perwakilan Malaysia baharu yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebelum ini, Gloria Corina berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria manakala Hendy pula ialah Duta Malaysia ke Uzbekistan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan