Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludp minuman keras di Miri, semalam. Foto PPM Wilyah 5 Miri.

Cubaan seludup minuman keras di Miri gagal

MIRI, 22 Feb: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Miri berjaya menumpaskan cubaan menyeludup minuman keras yang melibatkan nilai rampasan keseluruhan RM281 320 dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, turut ditahan dua lelaki tempatan berusia 30 dan 31 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek ditahan oleh pasukan Unit Risik Marin (URM) PPM Wilayah 5 di lokasi yang berasingan semasa menjalankan Op Kontraban.

“Pasukan memeriksa dua lori jenis rigid di Jalan Miri By-Pass dekat Riam dan seterusnya menahan sebuah lagi lori di tepi Jalan Bakam.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua buah lori itu membawa minuman keras sebanyak 710 katon yang dianggarkan bernilai RM136,320 dan kedua – dua pemandu gagal mengemukakan dokumen sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 manakala kesemua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pengawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daearah (IPD) Miri untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan