Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Serbillah (baju hijau) bergambar bersama AJK SBM Cawangan Sarawak di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Sarawak 2023 (Bilangan 5) hari ini. Foto: TVS

Bantu golongan tidak berkemampuan daftar dengan JKM

MIRI, 22 Feb: Orang ramai dinasihatkan membantu ahli keluarga atau mana-mana individu yang tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan untuk mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pegawai Pejabat Daerah Miri, Serbillah Dahlan berkata, ini bagi memastikan supaya kerajaan dapat memberi kemudahan, perkhidmatan dan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban hidup mereka yang memerlukan.

Serbillah menerima cenderamata dari Presiden SBM Cawangan Sarawak, Mohammed Nazari Othman di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Sarawak 2023 (Bilangan 5) hari ini. Foto: TVS

“Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan bantuan. Dengan adanya peluang-peluang tersebut, kita sebagai ahli yang mendaftar di JKM mungkin boleh mengambil peluang dari segi bantuan disediakan JKM kerana mereka memang menyalurkan pelbagai bantuan kepada mana-mana individu yang tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.

“Sekiranya ada ahli keluarga kita yang hendak berdaftar dengan JKM, sila pastikan kita membantu mereka untuk didaftarkan di JKM. Sekiranya tidak mampu untuk mendaftar, minta tolong Ketua Kaum di kawasan masing-masing untuk membantu mereka didaftarkan ke JKM,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Sarawak 2023 (Bilangan 5) mewakili Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Rosey Yunus hari ini.

Selain itu tambah beliau, golongan berpendapatan rendah juga digalakkan untuk mendaftar di bawah E-Kasih bagi memohon dan mendapatkan bantuan dari jabatan-jabatan yang menawarkan bantuan seperti modal perniagaan.

“Di pejabat saya sendiri iaitu di Pejabat Daerah Miri, kita ada data E-Kasih. E-Kasih adalah bantuan untuk golongan berpendapatan RM1,500 ke bawah. Golongan berpendapatan rendah boleh mendaftarkan nama di dalam senarai E-Kasih. E-Kasih ada pelbagai bantuan boleh minta rumah seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau modal perniagaan.

“Sebab dari pangkalan data, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Perikanan, Jabatan Kebajikan, dan jabatan-jabatan lain, boleh ambil maklumat tersebut, apa yang kita perlukan bantuan seperti modal perniagaan untuk buat kuih dan macam-macam bantuan,” katanya lagi.

Seramai 80 orang ahli beserta pengiring dan ahli keluarga mereka dari seluruh Sarawak menghadiri mesyuarat yang pertama kali diadakan di Miri.

Pada majlis itu turut disampaikan peruntukan sebanyak RM4,000 kepada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) Cawangan Sarawak daripada Datuk Rosey Yunus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan