Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 42,310 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Selasa. Foto: Reuters.

Angka kematian gempa bumi kuat di Turkiye meningkat 42,310

ByBernama

ANKARA, 22 Feb: Sekurang-kurangnya 42,310 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Selasa.

Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) berkata, gempa yang berpusat di daerah Pazarcik dan Elbistan di wilayah Kahramanmaras itu juga menyaksikan 7,184 gegaran susulan, lapor Anadolu Agency.

Gempa bermagnitud 7.7 dan 7.6 itu turut melanda 10 wilayah lain – Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Hatay, Gaziantep, Malatya, Kilis, Osmaniye, Elazig dan Sanliurfa.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Dua lagi gempa bumi gegar Selatan Turkiye
  2. 2. Atlet lompat jauh Greece lelong kasut bantu kanak-kanak mangsa gempa bumi Turkiye
  3. 3. Gempa bumi: Bayi lahir di bawah runtuhan diberi nama Aya oleh petugas hospital di Syria
  4. 4. Gempa bumi 7.4 pada skala richter landa wilayah Kahramanmaras Turkiye

Lebih 13 juta penduduk terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.

Dalam tempoh kurang dari 10 jam beberapa negara di rantau itu, termasuk Syria dan Lubnan, turut merasakan gegaran kuat yang melanda Türkiye.

Sejumlah 14,740 anggota mencari dan menyelamat tempatan dan antarabangsa kini berada di lapangan untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat, kata AFAD.

Sementara itu, pada taklimat media Menteri Dalam Negeri Turkiye Suleyman Soylu berkata sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 562 yang lain cedera, termasuk 18 dalam keadaan kritikal, selepas gempa bumi baharu menggegarkan Hatay, wilayah paling selatan Türkiye pada lewat Isnin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan