Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media selepas melancarkan Borneo International Garden Expo 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto: TVS

Sukma 2024: Betong, Sri Aman, Sibu dan Miri dicadang lokasi pilihan

ByDouglas Elliot

KUCHING, 21 Feb: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mencadangkan agar beberapa kawasan, selain Kuching turut digunakan sebagai lokasi pilihan penganjuran acara Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Katanya, Sarawak sebagai penganjur temasya sukan berkenaan pada tahun 2016 tidak mempunyai masalah dari segi fasiliti dan kementeriannya kini sedang menimbang cadangan untuk melibatkan beberapa lokasi pilihan seperti Betong, Sri Aman, Sibu dan Miri.

“Saya pernah menghadiri satu pertandingan tinju di Sri Aman tahun lepas dan saya amat kagum dengan kehadiran penonton yang padat di stadium tertutup berkenaan. Ini mencerminkan jenis sokongan yang kita ada.

“Ditambah dengan keadaan jalan raya yang sudah agak elok, kami sedang membuat pertimbangan berkenaan. Saya percaya bahagian lain juga patut diberi peluang untuk menganjurkan satu atau dua acara sukan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Borneo International Garden Expo 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Menurutnya, penganjuran sukan temasya peringkat kebangsaan memerlukan dana bagi penambahbaikan dari segi kemudahan sukan seperti trek olahraga dan padang.

Namun jelasnya, penganjuran Sukma 2024 telah mendapat sokongan penuh daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Dari sudut pembangunan sukan, penganjuran Sukma di Sarawak akan menarik minat dan perhatian orang ramai ke negeri ini. Selain itu, ia turut akan menyumbang kepada industri lain seperti pelancongan,” katanya.

Pada Isnin, Abang Johari mengesahkan Sarawak terpilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran Sukma 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan