Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: Bernama.

Saya serah kepada SPRM siasat kes Jana Wibawa – Muhyiddin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek Jana Wibawa.

“Setakat yang saya maklum, saya percaya tiada kesalahan pada pihak saya, tetapi saya serahkan semuanya kepada SPRM untuk perkara ini,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Beliau hadir ke mahkamah hari ini pada prosiding Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung projek Jana Wibawa.

Pada 18 Februari lepas, Muhyiddin mengesahkan beliau telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai projek tersebut.

Katanya, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan.

Sementara itu, Muhyiddin berharap Wan Saiful akan mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah.

“Saya juga menyeru supaya ahli-ahli parti Bersatu bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam. Kepimpinan parti sudah mengambil tindakan sewajarnya mengikut saluran undang-undang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan