Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan majlis penyerahan Mesin Glutton Litter Picker oleh Duroman (M) Sdn Bhd kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Foto: Nazirah Adlina (TVS)

Mesin Glutton Litter Picker mantapkan kerja pembersihan bandaraya Kuching

ByNazirah Adlina

KUCHING, 21 Feb: Mesin Glutton Litter Picker mampu merealisasikan usaha Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjadikan bandaraya Kuching bersih dan indah demi kesejahteraan masyarakatnya.

Menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, mesin pembersihan inovasi baharu tersebut memudahkan kakitangan dan staf DBKU dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyempurnakan majlis penyerahan Mesin Glutton Litter Picker oleh Duroman (M) Sdn Bhd kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Foto: Nazirah Adlina (TVS)

“Jadi dengan adanya Mesin Glutton Litter Picker ini maka ia memberi kemudahan kepada kakitangan, staf kita untuk menjalankan tugas, menjalankan aktiviti kebersihan.

Glutton Litter Picker mantapkan pembersihan bandar Kuching

“Saya dimaklumkan bahawa menggunakan mesin ini ia boleh mengambil tempat tiga hingga lima orang pekerja untuk membersihkan Waterfront dengan lebih mudah,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Mesin Glutton Litter Picker oleh Duroman (M) Sdn Bhd kepada DBKU, di Godown Amphitheatre @ Waterfront Kuching di sini, hari ini.

Difahamkan, mesin tersebut mampu beri kebersihan maksimum serta memantapkan lagi tugas pembersihan di sekitar bandaraya Kuching. Foto: Nazirah Adlina

Turut hadir ialah Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang dan Pengurus Pemasaran dan Penasihat Duroman (M) Sdn Bhd, Kapten (B) Azman Shah Bin Sulaiman.

Meskipun mesin tersebut mampu mengantikan tiga hingga lima orang tenaga kerja, beliau menjelaskan pekerja tersebut akan ditempatkan ke kawasan lain yang tidak memiliki mesin tersebut.

“Satu perkara yang kita lihat daripada ini adalah dari segi pokok-pokok yang ada. Daunnya halus dan bila daun itu gugur, kering, maka ia sukar untuk dikutip. Saya pernah cuba dahulu dalam beberapa siri gotong-royong sebelum ini untuk menyapu tetapi tak dapat menyapu daun itu sepenuhnya.

“Jadi ini menggunakan ‘suction’ daripada mesin itu mungkin dapat memberi kebersihan yang maksima di tempat yang kita nak bersihkan,” jelas Abdul Rahman.

Beliau menambah, mesin tersebut turut mempunyai ciri istimewanya lain yang mana ia adalah anti-pencemaran bunyi dan tidak bising, sesuai untuk digunakan untuk kerja pembersihan pada majlis keramaian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan