Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama.

Konsep Madani terap nilai akidah, amanah dan akhlak – PM

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan istilah Madani yang digunakan Kerajaan Perpaduan hari ini adalah bagi menerapkan nilai akidah, nilai dan akhlak.

Menurutnya, penerapan konsep Madani tersebut tidak hanya mampu membangun sahsiah masyarakat, malah mampu memajukan negara.

“Dalam konteks pembangunan negara, pertumbuhan ekonomi mampan adalah ekonomi yang memberi keseimbangan dari sudut pendapatan negara, kebajikan rakyat, dan menjalankan amanah.

“Semua ini mesti berteraskan soal nilai dan akhlak dan ini juga boleh diaplikasikan dalam menangani inflasi, pelaburan asing dan seterusnya pertumbuhan negara,” katanya semasa menjawab pertanyaan menteri pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, dalam menjaga kebajikan rakyat, konsep Madani memerlukan ia dilaksana tanpa menyebabkan kerosakan kepada bumi.

“Amanah juga menjad ciri dan nilai yang kuat diteraskan dalam fahaman Islam dan yang boleh merangkul seluruh kekuatan semua kaum di negara ini.

“Yang lain sudah dicerakinkan dalam buku Madani dan saya harap dapat dibaca secara terbuka dan kalau ada teguran, yang perlu diperbaiki. Saya sedia membuat pembetulan asalkan boleh membantu membangunkan negara tercinta ini,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan