Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memuji Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk meningkatkan keindahan Tebingan Sungai Sarawak. Foto: Nazirah Adlina (TVS)

Kerajaan Sarawak bantu tingkatkan keindahan bandaraya Kuching

ByNazirah Adlina

KUCHING, 21 Feb: Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memuji usaha  Kerajaan Sarawak meningkatkan keindahan dan kecantikan Tebingan Sungai Sarawak.

Katanya, di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, keindahan di sekeliling tebingan sungai utara dan selatan Sarawak menjadi antara destinasi tarikan utama Kuching yang berupaya menarik pelawat serta pelancong luar.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana menyediakan dan meneruskan usaha untuk meningkatkan keindahan prasarana yang berada di sekeliling di kedua belah sungai Sarawak,” ujarnya.

Abdul Rahman turut memberitahu tarikan baharu, berdekatan Cascading Fountain Staircase dari Fort Margherita bakal dibuka tidak lama lagi.

“Jadi ini akan menjadi satu lagi tarikan kepada pelawat-pelawat dan pelancong yang akan datang ke Kuching. Mereka boleh menyeberang sungai dan boleh duduk minum kopi dan teh ala British, yang kita sebut sebagai English Tea House,” jelasnya.

Beliau berkata, tarikan tersebut dibuka dalam tempoh sebulan hingga dua bulan akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan