Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkembangan siasatan Kertas Pandora, konsep gagasan Malaysia Madani dan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur antara isu dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Foto: Bernama

Isu Kertas Pandora, pelaksanaan Malaysia Madani dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Perkembangan siasatan Kertas Pandorakonsep gagasan Malaysia Madani dan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur antara isu dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Bagi soalan Kertas Pandora yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap isu itu serta tindakan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara (BNM) dan polis.

Ahmad Fadhil Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan mengenai pembentukan konsep Malaysia Madani antara lain ingin mengetahui sejauh mana konsep itu diaplikasikan dalam sistem pentadbiran dan dasar-dasar semasa kerajaan.

Sementara itu, Azli Yusof (PH-Shah Alam) membangkitkan sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan Kampung Baru yang diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan daripada Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2020 selaras sasaran Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Datuk R.Ramanan (PH-Sungai Buloh) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada jumlah bas pengantara akan ditambah selain tambahan laluan bas perantara untuk kegunaan rakyat.

Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengajukan soalan kepada Menteri Luar mengenai langkah-langkah bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa scam atau penipuan di luar negara terutama di Myanmar.

Tindakan kerajaan bagi menghalang penghijrahan doktor perubatan ke luar negera serta jumlah doktor kontrak yang belum diberikan taraf tetap akan disoal oleh Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib (PN-Maran) kepada Menteri Kesihatan.

Selesai sesi soal jawab, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 29 hari bermula 13 Februari hingga 30 Mac. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan