Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Hotel Kuching Park hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Isu cukai pelancongan bukan isu yang mendesak – Abdul Karim

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Feb: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan bahawa isu berkaitan cukai pelancongan bukan satu isu besar yang mendesak.

Menurutnya, Sarawak tidak begitu bergantung dengan cukai tersebut kerana memiliki sumber pendapatan lain.

“Apa yang saya lihat, cukai pelancongan hanyalah satu komponen kecil. Setakat ini ia tidak menjejaskan kita kerana Sarawak juga menjana hasil daripada sektor-sektor lain termasuk minyak dan gas,” katanya kepada media di Majlis Pelancaran Hotel Kuching Park di sini, hari ini.

Tambahnya, perkara berkenaan mungkin perlu dilihat semula pada masa hadapan.

Mengulas mengenai kedudukan sektor pelancongan di bawah Kerajaan Persekutuan, katanya, Sarawak tidak mempunyai sebarang masalah kerana hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bergantung antara satu sama lain dalam sektor pelancongan. Oleh sebab itu kita mampu bekerjasama dengan MOTAC. Ia bukan satu isu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan