Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Datu Jack Aman Luat menyampaikan ucapan aluan pada Forum Minggu Harmoni Antara Agama Malaysia Edisi Ketiga. Foto: TVS

Galak keharmonian hubungan masyarakat

ByRegina Lee

KUCHING, 21 Feb: Forum Minggu Harmoni Antara Agama Malaysia dapat mempromosikan nilai hormat, penghargaan, dan penerimaan dalam kepelbagaian agama dan budaya melalui dialog, pendidikan dan kesedaran awam.

Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Datu Jack Aman Luat berkata, forum itu boleh menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan baik untuk menggalakkan keharmonian hubungan antara masyarakat dan komuniti.

Forum harmoni antara agama platform kongsi pengetahuan

“Saya berharap forum ini akan memberi manfaat kepada semua masyarakat di sini. Biarkan forum ini menjadi jalan terbaik untuk mempromosikan keamanan dan keharmonian dalam semangat perpaduan dan kesatuan demi kepentingan terbaik Sarawak,” katanya dalam ucapan aluan pada Forum Minggu Harmoni Antara Agama Edisi Ketiga.

Forum bertemakan Love of God, Love of the Neighbour, Love of the Good itu telah dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tujuh ahli panel yang dijemput bagi mewakili agama masing-masing ialah Ustaz Suharman Edward (Islam), Min Hui Wua (Baha’i), Venerable Sing Kan (Buddhist), Archbishop Dr Simon Poh (Kristian), Dr Balachandran Annamalai (Hindu), Prof Dr Harwinder Singh (Sikh) serta Dr Elena Chai (Tao).

Barisan ahli panel jemputan membentangkan topik pelbagai aspek agama yang meliputi interaksi yang berkesan, persefahaman bersama dan penghayatan nilai-nilai muhibbah.

Ahli panel jemputan daripada Jabatan Agama Islam, Ustaz Suharman Edward berkata, forum itu memberi mesej yang baik untuk diamalkan rakyat Malaysia dan generasi akan datang.

“Ini adalah satu platform untuk kita mewar-warkan lagi tentang kepentingan untuk kita sentiasa menghormati satu sama lain dan bersatu hati”, ujarnya.

Turut senada, Archbishop Dr Simon Poh, panel jemputan bagi Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak pula menyatakan kegembiraan beliau dapat menghadiri forum untuk melihat keharmonian dan kesatuan.

“Penting untuk kita teruskan sikap saling menghormati dan menerima serta memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat kita.

“Kita boleh jadi sebagai contoh bukan hanya di Sarawak, tapi di seluruh Malaysia dan juga dunia,” katanya lagi.

Untuk rekod, kali pertama forum itu diadakan pada tahun 2019 merupakan anjuran bersama Pusat Penerangan Islam Sarawak (SIIC), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak yang disokong oleh Pejabat Ketua Menteri ketika itu, Kementerian Perpaduan Negara dan pelbagai agensi berkaitan. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan