JAKARTA, 21 Feb: Usaha untuk menyelamatkan lapan anggota polis yang terlibat dalam nahas helikopter di wilayah Jambi, Pulau Sumatera di sini, masih belum berjaya kerana disukarkan cuaca buruk.
Helikopter Super Bell 3001 melakukan pendaratan cemas di dalam hutan berhampiran Kampung Tamia, Kecamatan Batang Merangin, Kabupaten Kerinci kira-kira jam 10.30 pagi waktu tempatan.
Setelah ditemukan sejak Ahad lalu oleh pasukan pencari dan penyelamat, helikopter yang terhempas di kawasan berbukit itu juga belum dapat dipindahkan.
Menurut Jurucakap Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo, pihaknya mendapati seluruh penumpang selamat, namun masih menunggu di dalam hutan untuk dipindahkan.
@tvstvmy Usaha menyelamat lapan anggota polis yang terlibat dalam nahas helikopter di wilayah Jambi, Pulau Sumatera masih belum berjaya kerana cuaca buruk menyukarkan operasi. 🎥 Polis Indonesia #TVS122 #TVSNews
♬ original sound – TVS – TVS News
“Pasukan penyelamat sudah berjaya menemukan helikopter dan seluruh penumpang dalam keadaan selamat, namun lokasi yang sukar juga cuaca buruk menyebabkan kesemua mangsa belum dapat dipindahkan,” ujarnya.
Beliau berkata, setakat ini pasukan pencari dan penyelamat mengirimkan bekalan dan bantuan perubatan bagi mereka, sementara menunggu untuk dipindahkan.
Empat helikopter digerakkan dalam operasi menyelamat itu. – TVS