Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara bot yang diperiksa APMM yang didapati melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 serta Akta Perikanan 1985. Foto: APMM.

APMM tahan tujuh lelaki

LAHAD DATU, 21 Feb: Tujuh lelaki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atas pelbagai kesalahan selepas memeriksa tiga buah bot di Timur Madai Kunak, semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, kesemua lelaki itu masing-masing tiga lelaki tempatan dan selebihnya warga asing dari Filipina berusia antara 27 hingga 71 tahun.

Menurutnya, bot peronda APMM yang menjalankan Operasi Pluto Timur berjaya menahan dan memeriksa tiga buah bot kira-kira jam 2.45 hingga 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga bot telah melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (Kesalahan-kesalahan Bot Kecil Sabah 2008) serta Akta Perikanan 1985,” katanya di sini, hari ini.

Nik Mohd Razam berkata, antara kesalahan yang direkodkan adalah mengubahsuai bot tanpa kebenaran, melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.9 batu nautika serta gagal memaklumkan pertukaran nakhoda.

“Kesemua individu tersebut dan barang rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan