Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan. Foto: TVS

Tiga CIC diperlukan di Sarawak dan Sabah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 20 Feb : Sekurang-kurangnya tiga Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC) diperlukan di Sabah dan Sarawak bagi memastikan kes-kes melibatkan golongan tersebut dapat ditangani secara lebih berkesan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, CIC tambahan tersebut perlu diwujudkan selepas mengambil kira keadaan geografi di kedua-dua negeri terbabit.

“Sekurang-kurangnya kita mahu satu tambahan, tetapi sekarang ini tengah nak buat satu lagi jadi dua di Sarawak dan Sabah juga ada dua dan sekarang ini Sarawak hanya ada satu,

“Paling bagus tiga (CIC) sebab dia ikut zon dan keluasan dia, kalau di Perlis cukup satu sebab dia dekat,” katanya dalam sidang media sempena lawatan kerja Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ke Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC) di sini, hari ini.

Tambahnya, bagi memperkasakan perkhidmatan CIC, pihaknya telah membahagikan kawasan perkhidmatan mengikut zon.

“Kita bahagikan mengikut zon utara, tengah dan selatan, dengan cara tersebut ia boleh mengatasi masalah kes-kes melibatkan kanak-kanak dengan cepat dan segera, begitu juga di Sabah dan Pahang dan negeri-negeri lain yang luas,” katanya.

Ketika ini terdapat 14 buah CIC seluruh negara dikendalikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) setiap negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan