Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh. Foto: Facebook Datuk Len Talif Salleh

SPM: Pemimpin Sarawak suntik semangat

SIBU, 20 Feb: “Semoga mendapat keberkatan dalam menimba ilmu, mendapat kejayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat kelak.” Itu antara kata-kata semangat yang dilontarkan pemimpin dalam laman facebook masing-masing bagi menyuntik semangat kepada calon yang menduduki ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Sambil mendoakan kejayaan, mereka tidak lupa untuk mengingatkan calon supaya sentiasa menyemai displin diri agar menjadi insan berguna pada suatu hari kelak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, dalam ciapan ringkasnya, mengharapkan semua pelajar yang menduduki peperiksaan itu agar menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

“Peperiksaan SPM sudah bermula, didoakan adik-adik tenang di jiwa dan akal serta dipermudahkan. Buat yang terbaik,” katanya.

Ciapan itu mendapat sokongan dalam kalangan netizen sambil mendoakan kebaikan yang sama.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh turut mendoakan kejayaan buat semua calon.

“Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan dipermudahkan urusan,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi mengambil kesempatan berkongsi beberapa tip supaya semua calon melakukan persediaan rapi sebelum menduduki peperiksaan.

“Selamat menduduki peperiksaan SPM adik-adik semua. Semoga mendapat keberkatan dalam menimba ilmu, mendapat kejayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang berbakti kepada masyarakat kelak,” katanya.

Sementara itu, seramai 403,637 calon mula menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini hingga 15 Mac melibatkan 131,318 pengawas peperiksaan di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan