Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia Malaysia, V. Sivakumar melakukan lawatan kerja sehari berjumpa Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziah di ibu pejabatnya hari ini. Foto TVS.

Malaysia-Indonesia kaji semula pengurangan kos kemasukan pekerja

ByTVS

JAKARTA, 20 Feb: Menteri Sumber Manusia Malaysia, V. Sivakumar melakukan lawatan kerja sehari berjumpa Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziah di ibu pejabatnya hari ini.

Lawatan itu bagi memperkukuh kerjasama kedua-dua negara, membincangkan beberapa perkara yang bertujuan merealisasikan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung pengambilan dan perlindungan Perkhidmatan Domestik Indonesia (PDI) di Malaysia yang telah ditandatangani pada 1 April tahun lalu.

Dalam pertemuan itu, keduanya bersepakat mengkaji semula pengurangan kos pengambilan PDI, di mana ketika ini kos yang berlaku cukup tinggi iaitu mencecah RM9,000.

Menurut V. Sivakumar, ada beberapa negara yang boleh menetapkan dengan kadar rendah, sehingga itu keduanya akan mencari satu jalan penyelesaian bagi kemasukan pekerja dari Indonesia.

“Kami berharap boleh mengkaji semula untuk menurunkan kos yang tinggi itu dan boleh tetapkan kadar yang lebih munasabah bagi pengambilan PDI ini,” katanya kepada media selepas mesyuarat itu.

Beliau memastikan, perkara itu akan dibincangakan dalam Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kali ke-3 yang akan diadakan pada 22 hingga 23 Februari ini di Yogyakarta.

Selain itu, turut dibincangkan peranan Agensi Pekerjaan Swasta (APS) agar memudahkan proses pengambilan serta penempatan PDI melalui saluran One-Channel System (OCS) sejurus upaya pendigitalan saluran itu.

Indonesia merupakan salah satu negara sumber utama pekerja asing di mana terdapat seramai 399,827 pekerja Indonesia bekerja di Malaysia dan 63,323 daripada jumlah itu adalah pembantu rumah asing (PRA).

Pertemuan itu diharapkan boleh memberikan suatu penyelesaian yang baik bagi kedua-dua negara. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan