Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Letupan besar berlaku di Kabupaten Blitar, Jawa Timur, menyebabkan empat orang maut dan 25 rumah musnah. Foto: Polis Blitar

Letupan kilang mercun di Kabupaten Blitar, 4 maut, 25 rumah musnah

JAKARTA, 20 Feb: Letupan besar berlaku di Kabupaten Blitar, Jawa Timur, dipercayai daripada tempat pembuatan mercun pada jam 10.30 malam waktu tempatan semalam.

Sekurang-kurangnya 25 rumah musnah akibat letupan itu yang mengorbankan empat orang.

Menurut Ketua Polis Kota Blitar, AKBP Argowiyono, pihaknya mengesyaki letupan itu berpunca daripada letupan bahan pembuatan mercun.

“Laporan yang kami terima, salah sebuah rumah merupakan tempat mengeluarkan mercun, jadi disyaki letupan itu daripada bahan mentah mercun sehingga agak kuat dan menyebabkan kerosakan teruk,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, enam orang lagi cedera dalam letupan itu dan kini operasi mencari mangsa di tempat kejadian yang tertimbus runtuhan rumah masih dijalankan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan