Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Foto: TVS

Jabatan Kanak-kanak perlu diwujudkan – Nancy

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Jabatan Kanak-kanak perlu diwujudkan bagi memastikan golongan tersebut sentiasa terbela, selain mampu mempercepatkan proses pengadilan bagi kes melibatkan jenayah terhadap kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, cadangan penubuhan beserta peruntukan yang diperlukan akan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini sebelum Belanjawan 2023 dibentangkan.

Jelasnya, sebelum ini perkara tersebut turut disuarakannya secara prinsip ke pengetahuan anggota Kabinet.

“Ia bukan secara rasmi, saya telah suarakan dalam Mesyuarat Kabinet yang lepas secara prinsip, tetapi saya mohon lagi sebelum pembentangan Belanjawan 2023 iaitu pada hari pembentangan tersebut. Pagi itu nanti saya akan kemukakan sekali lagi kertas cadangan itu dalam Mesyuarat Kabinet dengan izin Perdana Menteri dan juga pihak kewangan.

“Saya akan mohon supaya dibenarkan kami membawa lagi kertas cadangan itu sebab sebelum ini jumlah kakitangan yang dipohon dikatakan terlalu besar dan kali ini kita akan tampil dengan perancangan lebih holistik dan kita akan terima apa sahaja keputusannya nanti,” katanya dalam sidang media sempena lawatan kerja rasmi ke Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC) di sini, hari ini.

Menurut Nancy, dengan adanya jabatan tersebut akan dapat memperkasakan lagi usaha kerajaan membela nasib kanak-kanak di negara ini.

Ketika ini perihal kanak-kanak terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat yang turut memikul beberapa lagi perihal lain seperti wanita dan Orang Kurang Upaya (OKU) . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan