Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: FB JBALB

Gangguan bekalan air di sekitar Petra Jaya pada Jumaat ini

ByDayu Adruce

KUCHING, 20 Feb: Beberapa kawasan di Kuching dijangka mengalami gangguan bekalan air susulan kerja-kerja penggantian 700mm DIA Injap Butterfly (BV) di Jalan Matang/Batu Kawa akan dijalankan pada 24 Februari.

Pihak Lembaga Air Kuching (LAK) menerusi kenyataan pada hari ini memaklumkan, pelaksanaan kerja-kerja berkenaan adalah bertujuan bagi menaik taraf sistem bekalan air di kawasan Semariang.

Gangguan air akan bermula 7 malam pada 24 Februari dan akan kembali disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula 6 pagi pada 25 Februari, setelah kerja siap dan sistem agihan bekalan air distabilkan.

Kawasan-kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air pada masa tersebut adalah di sepanjang Jalan Matang dari Kubah Ria sehingga ke Batu 9, Jalan Matang Baru, Jalan Sultan Tengah ke Damai, Jalan Bako, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub, Jalan Tun Datuk Patinggi Abg Hj Muhammad Salahuddin, Jalan Demak dan sekitar Petra Jaya serta kawasan-kawasan di bawah kendalian JBALB.

Susulan itu, pihak LAK akan terus meningkatkan kapasiti penghantaran bekalan air dengan menggunakan lori tangki air sehingga bekalan air kembali pulih seperti biasa.

Untuk pertanyaan dan aduan juga boleh hubungi hubungi KWB Call Centre di talian 082-22233. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan