Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing menyaksikan Pengerusi Persona Sarawak, Abang Mohd Hafiq Abang Kassim menyampaikan sumbangan kepada Ketua Kampung Rabaie Mat, sejurus selepas program gotong royong di Masjid Al Falah Sungai Gemuan, Bintangor pada Ahad. Foto: TVS

Dua projek mega bakal mengubah landskap Bintangor

BINTANGOR, 20 Feb: Dua projek mega yang bakal dilaksanakan di sini bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat tetapi juga mengubah wajah daerah Meradong.

Projek terbabit ialah naik taraf tebingan sungai dan pembinaan kolam renang yang merupakan program pembangunan penting bagi memberi impak kepada rakyat dalam tempoh jangka panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing optimis pelaksanaan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan segera.

“Projek menaik taraf tebingan sungai telah diumumkan oleh Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) pada mesyuarat town hall di Sarikei. Sekarang pihak Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam perbincangan dan berharap projek ini dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Program Gotong-Royong anjuran Persatuan Solidariti Nasional (Persona) cawangan Sarawak di Masjid Al-Falah, Kampung Darul Falah, Sungai Gemuan di sini pada Ahad.

Menyentuh tentang pembinaan kolam renang, Kuong Hiing menjelaskan, perubahan lokasi selain penambahan beberapa komponen penting menyebabkan kos projek itu meningkat.

“Perubahan beberapa lokasi bagi pembinaan kolam renang telah berlaku dan lokasi terkini pembinaannya ialah sebelah kompleks sukan berdekatan sungai.

“Kita kena membuat banyak tembok penahan dan projek itu menelan kos perbelanjaan lebih kurang RM12 juta. Semoga projek tersebut juga akan secepat mungkin dilaksanakan,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan Sarawak melaksanakan pendekatan sistematik dalam merealisasikan agenda pembangunannya supaya dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Malah, beliau berharap lebih banyak projek rakyat dilaksanakan di Meradong susulan langkah kerajaan mewujudkan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan