Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin bersama JKR dan Naim Cendera di kawasan tapak ke jalan akses Vista Perdana pada hari ini. Foto: TVS

Dua fasa untuk cadangan naik taraf Lapangan Terbang Miri

MIRI, 20 Feb: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyatakan terdapat dua fasa yang diperlukan bagi menambah baik perkhidmatan Lapangan Terbang Miri.

Fasa pertama merupakan keperluan segera di mana mereka perlu menambah jambatan udara baharu, manakala untuk fasa kedua iaitu jangka masa panjang, di mana pihaknya perlu menambah bangunan terminal.

“Terdapat dua fasa. Fasa pertama adalah keperluan segera. Kita perlu menambah lebih banyak jambatan udara baharu. Untuk jangka masa panjang kita memerlukan satu lagi bangunan terminal. Itu rancangan asal beberapa tahun lalu di bawah kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN).

“Kini untuk keperluan segera, Lapangan Terbang Malaysia pada 2021 telah mengemukakan cadangan RM60 juta untuk menaik taraf jambatan udara dan menambah satu jambatan udara. Pada masa yang sama beberapa kemudahan di lapangan terbang termasuk tandas, semua ini telah pun dirancang,” katanya ditemui TVS ketika lawatan tapak ke jalan akses Vista Perdana hari ini.

Tambah beliau lagi, sebahagian jambatan udara sedia ada perlu dibaiki kerana tidak dapat digunakan lagi selain kawasan Apron Lapangan Terbang Miri yang didapati telah retak dan tidak rata.

Selain penerbangan komersial, Lapangan Terbang Miri juga merupakan tempat perkhidmatan udara bagi mereka yang bertugas di dalam industri minyak dan gas untuk ke luar pesisir, lantas menjadikan ia sibuk untuk kedua-dua perkhidmatan ini.

“Selain penerbangan komersial, Miri juga mempunyai perkhidmatan udara minyak dan gas, terutamanya helikopter dan penerbangan setiap hari antara Lapangan Terbang Miri ke luar pesisir. Jadi Lapangan Terbang Miri adalah lapangan terbang yang sangat sibuk.

“Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi keutamaan dan jumlah yang dinyatakan oleh Lapangan Terbang Malaysia untuk Miri di sini akan diluluskan dan kami berharap ia dapat dilaksanakan tahun ini. Kami sudah menunggu terlalu lama,” katanya lagi.

Terdahulu, cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri telah dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri pada Sesi Perbahasan Penggal Kedua Parlimen Ke-15 pada Rabu lepas.

Status Lapangan Terbang Miri buat masa ini adalah lapangan terbang domestik dan terdapat pertimbangan untuk mengiktirafnya sebagai lapangan terbang antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan