Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norshamsiah Samsudin dan Marhaizan Abdul Hadi memberi sokongan kepada anak-anak di Sekolah Menengah Sains Kuching. Foto: TVS

Beri sokongan padu, suntik semangat anak hadapi SPM

KUCHING, 20 Feb: Persediaan menghadapi peperiksaan bukan sahaja melibatkan dari segi mental dan fizikal sebaliknya aspek moral juga perlu dititikberatkan.

Malah, ia disifatkan banyak membantu dalam meningkatkan semangat anak-anak, selain mampu mengurangkan rasa gemuruh ketika menjawab soalan peperiksaan.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Fadhlina nasihat calon fokus, sabar jawab soalan SPM
  2. 2. 36,523 calon menduduki peperiksaan SPM di Sarawak bermula hari ini

Di Sekolah Menengah Sains Kuching pagi tadi, ramai ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk hadir bagi memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka sebelum memasuki dewan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Menurut salah seorang ibu pelajar, Norshamsiah Samsudin, sokongan moral kepada anak-anak sangat penting yang bertujuan menaikkan semangat mereka.

“Saya rasa selain ibu bapa sokongan daripada guru-guru dan pihak berkaitan pendidikan sangat penting untuk menaikkan moral pelajar-pelajar ini.

“Ini kerana mereka sendiri pun sudah gementar untuk menjawab peperiksaan, jadi bila ada sokongan di sekeliling, pada mereka ia akan menaikkan semangat mereka dan mengurangkan rasa gemuruh semasa menjawab peperiksaan,” katanya.

Sementara itu, Marhaizan Abdul Hadi menzahirkan rasa syukur apabila ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam sekolah bagi memberikan sokongan moral kepada anak-anak.

Menurutnya, ia membuktikan bahawa kerjasama dan hubungan erat antara pihak berkaitan termasuk ibu bapa, guru, dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memainkan peranan penting dalam menentukan keputusan cemerlang.

“Bukan sahaja mereka memerlukan sokongan moral, fizikal mental juga perlu sebab ini adalah peperiksaan yang sangat penting kepada anak-anak untuk meneruskan pembelajaran mereka pada masa akan datang.

“Jadi apa yang dibuat oleh sekolah ini saya tengok daripada awal hingga akhir sangat padu, pihak sekolah memberikan sepenuh sokongan guru-guru termasuk juga PIBG ini amat padu dengan galakan yang diberikan termasuk hubungan dengan ibu bapa juga menyebabkan anak-anak semakin bersemangat kerana mereka memang memerlukan sokongan sebab generasi sekarang amat memerlukannya dari segi mental dan fizikal mereka,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan