Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang anggota polis ditemukan maut dengan kesan tembakan pada badan di belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini. Foto: TVS

Anggota polis maut dengan kesan tiga tembakan

GEORGE TOWN, 19 Feb: Seorang anggota polis ditemukan maut dengan tiga kesan tembakan pada beberapa bahagian badan di belakang Balai Polis Bayan Lepas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berpangkat Sarjan itu ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 3.30 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Seorang anggota polis ditemukan maut dengan kesan tembakan pada badan di belakang Balai Polis Bayan Lepas di sini hari ini. Foto: TVS

“Terdapat kesan tembakan pada leher, kepala dan dada si mati berusia 51 tahun.

“Polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersama si mati yang bertugas di balai berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, kes masih dalam siasatan dan orang awam dinasihati tidak menyebarkan sebarang spekulasi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi urusan bedah siasat.

Difahamkan anggota yang berasal dari Sarawak itu telah berkhidmat bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak hampir 32 tahun.

Mangsa meninggalkan seorang balu dan tiga orang cahaya mata. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan