KUCHING, 18 Feb: Peruntukan berjumlah RM400,000 bagi menambahbaik fasiliti Dewan Parti Rakyat Bersatu Rakyat (SUPP) Sungai Tengah, Matang diluluskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata inisiatif berkenaan bertujuan untuk memastikan fasiliti dewan tersebut lengkap sebagai satu pusat komuniti untuk kawasan tersebut.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua masyarakat di sana iaitu dewan kita ini belum siap sepenuhnya dan ini adalah fasa pertama. Tanah di belakang sana masih perlu ditembok lagi, kemudian akan menambah kemudahan tandas kerana tandas sedia ada tidak mencukupi.
“Fasa seterusnya kita perlu memasang pendingin hawa di dewan ini setelah bekalan elektrik disambung tetapi kita buat secara berperingkat. Jadi untuk peringkat awal ini, ketua masyarakat memohon RM400,000 terlebih dahulu dan saya setuju,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina di Dewan SUPP Sungai Tengah Kuching pada Jumaat.
Bersama Komuniti Tiong Hua sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 di Dewan Masyarakat SUPP, Jalan Sungai Tengah, Matang, malam ini tadi#FYForYou#P194PetraJaya #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/2wQUHYQ8eG
— Fadillah Yusof 🇲🇾 (@PetraJayaMP) February 17, 2023
Majlis turut menyaksikan sumbangan berjumlah RM45,000 diserahkan kepada 15 Persatuan komuniti Cina di kawasan tersebut untuk membantu mereka menggiatkan lagi aktiviti dalam komuniti setempat.
“Bagi 15 Persatuan komuniti Cina di sini, kita akan menyumbangkan RM3,000 bagi setiap persatuan untuk menjalankan aktviti dan jumlah kesemuanya adalah RM45,000,” katanya lagi. – TVS