Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh merasmikan salah satu projek RTP iaitu pembinaan Dewan Terbuka SK Sentebu yang baharu. Foto: TVS.

Stalon, Tanjong Manis berpotensi jadi taman agro baharu – Len Talif

TANJONG MANIS, 18 Feb: Kerajaan Sarawak merancang membangunkan kawasan Stalon di sini sebagai taman agro yang baharu di negeri ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif  Salleh berkata hasrat sedemikian ekoran menyaksikan kawasan itu berpotensi sebagai pengeluar hasil lada berikutan kegigihan penduduknya mengusahakan tanaman berkenaan di kawasan tanah rata.

“Insya-Allah akan banyak lagi program atau kemudahan yang kita akan sediakan kepada penduduk luar bandar terutama dalam pembentukan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) di mana kita telah diperuntukan RM1.5 bilion untuk memastikan kemudahan asas dapat ditangani dan dimanfaatkan oleh penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Jebat Talak Stalon pada Jumaat.

 

ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh ditemui media selepas melakukan lawatan ke Rumah Panjang Jebat Talak Stalon pada Jumaat. Foto: TVS.

Dalam pada itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang optimis kawasannya bakal dilimpahi pembangunan menerusi perancangan RADDA.

Namun ujarnya projek pembangunan baharu di sini akan diteliti agar menepati spesifikasi agar siap mengikut jadual yang ditetapkan.

Perancangan projek pembangunan di sini  ujarnya akan dilaksanakan  di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dengan kerjasama agensi pelaksana yang terlibat.

“Bagi kawasan-kawasan lain, kita akan memastikan perancangan bagi pelaksanaan projek RTP ini dirancang mengikut jadual sebaik-baiknya.

“Jika terdapat kesulitan dalam pelaksanaan tersebut, kita akan menanganinya bersama dengan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), pejabat daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) dan sebagainya,” katanya 

ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh merasmikan salah satu projek RTP iaitu pembinaan Dewan Terbuka SK Sentebu yang baharu. Foto: TVS.

Beliau memberitahu projek terkini yang sedang dilaksanakan di kawasan itu termasuklah pembinaan dewan SK Sentebu bernilai RM350,000 dan projek baik pulih ban di Kampung Stalon yang menelan kos sebanyak RM250,000.

Len Talif menjelaskan, pelaksanaan dua projek tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa lagi projek RTP yang kini rancak dilaksanakan di kawasannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan