Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Video tular di media sosial memaparkan sekumpulan pelajar lelaki yang merosakkan harta benda sebuah sekolah dipercayai berlaku pada hari terakhir sesi persekolahan semalam. Foto: Media sosial

Rosakkan harta benda sekolah, pelajar disiasat

NIBONG TEBAL, 18 Feb: Sekumpulan pelajar yang terlibat dalam kegiatan vandalisme dengan merosakkan beberapa harta benda sebuah sekolah semalam telah dikenal pasti dan dipanggil pihak sekolah bagi siasatan lanjut.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa dan individu yang terbabit selepas video kejadian itu tular di media sosial.

Jelas beliau, pelajar berkenaan akan diberikan kaunseling berhubung perkara ini yang telah mendapat perhatian daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan.

“Saya tidak fikir ia satu perkara yang sepatutnya berlaku dalam keadaan kita memang tidak berkompromi dalam tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan.

“Jadi, barangkali perlu ada bimbingan dan kaunseling yang diberikan kepada anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bantuan Awal Persekolahan Kadun Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Nibong Tebal di sini hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata, pihaknya meminta orang ramai agar tidak menularkan video terbabit bagi memelihara identiti pelajar dan sekolah yang terlibat.

“Saya harap semua pihak dapat menurunkan video itu supaya kita dapat berikan tumpuan untuk pemulihan kepada anak-anak ini dan khususnya kaunseling kepada mereka.

“Saya tidak fikir tindakan itu satu budaya dan tidak wajar pun menjadi budaya kepada mana-mana sekolah kerana kita sedang membudayakan ABC iaitu ‘anak baik lagi cerdik’,” katanya lagi.

Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan beberapa harta benda di sebuah sekolah menengah yang didakwa berlaku di negeri ini.

Rakaman itu menunjukkan beberapa pelajar merosakkan kerusi plastik dan kipas dipercayai di dalam kelas selain menendang pintu tandas selepas sesi terakhir persekolahan semalam.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan