Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika bercakap pada sidang media sempena Bazar Ramadan DBKU 2023 di Kuching Family Park, Jalan Sultan Tengah, Kuching hari ini. Foto: TVS

Permohonan tapak niaga Bazar Ramadan DBKU dibuka mulai hari ini

KUCHING,18 Feb: Permohonan tapak niaga di Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dibuka mulai  hari ini sehingga 21 Februari ini secara ‘siapa cepat dia dapat’ yang boleh dikemukakan menerusi pautan borang atas talian di laman sesawang DBKU.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, permohonan yang dihantar akan ditapis dan hanya pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pegawai pengurus melalui e-mel bagi membuat pembayaran di kaunter menerusi aplikasi S Pay Global.

“Yuran petak yang dikenakan antara RM300 sehingga RM500, setiap permohonan secara siapa yang hantar dahulu dia akan diberi keutamaan. Permohonan yang dihantar akan ditapis dan permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

“Antara dokumen yang diperlukan termasuk gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil kursus pengendalian makanan, salinan pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin typoid, salinan kad pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh DBKU bagi pemohon dan pekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Bazar Ramadan DBKU 2023 di Kuching Family Park di Jalan Sultan Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, DBKU telah menyediakan tiga lokasi bazar Ramadan di Satok, Semarak dan Sukma Ria yang melibatkan 168 tapak jualan secara keseluruhan.

“DBKU telah menyediakan tiga lokasi jualan Ramadan di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria seperti yang kita lakukan beberapa tahun lalu.

“Jumlah petak yang akan disediakan ialah 168 petak kesemuannya terbahagi kepada beberapa kategori iaitu makanan, minuman, dan panggang. Ada tiga kategori yang disediakan di tiga lokasi tersebut,” katanya.

Selain tiga lokasi tersebut, katanya beberapa bazar jualan lain beroperasi di Stadium Sarawak, Mydin Vista Tunku, Bazar Aidilfitri Satok dan Metrocity Matang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan