Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dayang Mariana Abang Bolhassan menandatangani plak sebagai gimik pelancaran Album Extended Play (EP) selepas Persembahan Manifestasi Seni Puisi: Harapan Kami di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak petang tadi. Foto: TVS

OKU perlu diberi peluang serlah bakat seni

KUCHING, 18 Feb: Setiap kekurangan bukan penghalang buat Persatuan Bagi Orang-Orang Buta Sarawak (SSB) Cawangan Kuching dalam menjayakan aktviti seni Persembahan Manifestasi Seni Puisi: Harapan Kami yang diadakan pada petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak, Dayang Mariana Abang Bolhassan berkata, persembahan seni tersebut diharap menjadi titik permulaan dalam mengetengahkan bakat Orang Kurang Upaya (OKU) dengan lebih meluas lagi selaras dengan matlamat Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030).

 

Dayang Mariana Abang Bolhassan menerima cenderamata disampaikan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Abang Haliman Abang Julai pada Program Persembahan Manifestasi Seni Puisi: Harapan Kami di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak.

“Acara-acara seperti persembahan seni yang mendedahkan golongan OKU amatlah baik sekali kerana saya melihat mereka mempunyai bakat yang luar biasa. Saya berbincang dengan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tadi, bahawa kita boleh mengetengahkan bakat golongan OKU dengan lebih meluas lagi. InsyaAllah, saya akan bekerjasama dengan DBP untuk mengadakan program seperti hari ini dengan menguar-uarkan kepada orang ramai.

“Saya amat menggalakkan program seperti ini kerana ia mampu mewujudkan inklusiviti dalam diri masyarakat selaras dengan matlamat PCDS 2030. Bakat seni golongan OKU perlu diangkat semula kerana mereka juga mempunyai kehidupan seperti manusia biasa yang lain kerana saya melihat usaha mereka semasa persembahan seni sangat luar biasa,” katanya ketika ditemui TVS selepas menghadiri Persembahan Manifestasi Seni Puisi: Harapan Kami di Balai Budaya, DBP Cawangan Sarawak petang tadi.

Antara objektif persembahan seni tersebut diadakan adalah bagi memupuk penglibatan golongan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam aktiviti sosial sekali gus menyantuni masyarakat melalui program berbentuk hiburan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Braille SSB, Azohari Jamil berkata, melalui persembahan seni tersebut, ia dapat mencungkil bakat dan kemahiran golongan OKU yang mampu menjadi salah satu alternatif sumber pendapatan mereka sekali gus mampu menjadi penyumbang kepada ekonomi negeri Sarawak.

“Melalui penganjuran persembahan seni kita ini, saya percaya bahawa ia boleh menjadi salah satu alternatif golongan OKU dalam memperoleh sumber pendapatan dengan bakat dan kemahiran yang ada dalam diri mereka. Jadi, kita perlulah mencungkil bakat dan kemahiran dalam diri mereka kerana bagi saya semua orang perlulah diberi peluang agar mereka dapat bersama-sama menyumbang ekonomi di negeri kita ini,” katanya.

Dalam pada itu, Program Persembahan Manifestasi Seni Puisi: Harapan Kami mengetengahkan kumpulan penulis dan pemuzik tunanetra seramai 21 orang, selain sebagai suatu bentuk usaha murni untuk merangka suatu aktiviti seni persembahan yang mengetengahkan elemen seni muzik, syair dan sajak yang diolah menjadi lagu-lagu puisi.

Program persembahan berkenaan juga dijayakan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta DBP Cawangan Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan