Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang melawat sambil menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang terjejas kebakaran di Rumah Dangat, Bintangor. Foto: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sarikei

Mangsa kebakaran Rumah Dangat dibantu

SARIKEI, 18 Feb: Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii turun padang menyampaikan sendiri sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rumah Dangat, Bintangor hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sarikei itu diwakili Gung Chiu Kion menyampaikan sumbangan RM500 dan bakul makanan kepada mangsa.

Namun hari ini, beliau menghulurkan bantuan tambahan sebanyak RM500 kepada setiap 18 pintu yang musnah dalam kejadian itu untuk membeli keperluan dapur.

“Saya terkejut mendengar berita mengenai kejadian ini dan berharap semua mangsa tabah menghadapinya. Sehubungan itu, saya juga berharap sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban mangsa.

Pada masa yang sama, beliau turut menyumbangkan lampu bersolar LED kepada mangsa kebakaran yang terlibat.

“Saya juga amat berterima kasih atas kerjasama Pejabat Daerah Meradong dan bantuan yang diberi oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei,” katanya.

Kejadian pada pagi Selasa, mengakibatkan seramai 107 daripada 157 orang penghuni rumah panjang itu hilang tempat tinggal.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika sebahagian besar mangsa sedang keluar bekerja, tiada kecederaan dan kehilangan jiwa dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan