Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: IPD Bau.

Lelaki maut dipercayai tertembak ketika berburu di Bau

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 18 Feb: Seorang lelaki warga tempatan maut dipercayai ditembak secara tidak sengaja ketika berburu di kawasan hutan berdekatan Sungai Boyuh, kampung Jugan, Bau.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon dalam satu kenyataan pada hari ini, memberitahu, pihaknya telah menerima panggilan daripada pihak Hospital Bau pada 16 Februari lepas sekitar jam 11:45 malam yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia dipercayai terkena tembakan semasa berburu.

Menurut beliau, berikutan daripada laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau telah digerakkan pada 17 Februari iaitu pada jam 5 petang semalam.

Poge mendedahkan pihaknya telah menahan dua orang lelaki tempatan berusia 40 dan 50 tahun yang merupakan adik dan abang kepada mangsa.

“Dalam tangkapan itu, pihak polis telah merampas dua laras senapang patah buatan sendiri, satu butir kelongsong peluru dan sejumlah peluru hidup”.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, “ katanya.

Jelas Poge, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Bau untuk permohonan tahanan reman.

Kata beliau, kes diklasifikasikan di bawah seksyen 304A kanun keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan