Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melihat gambar kemajuan fasa-fasa perlaksanaan Kuching Family Park di Jalan Sultan Tengah yang telah siap sepenuhnya di sini pada Sabtu. Foto: TVS

Kuching mesra kanak-kanak, ambil kira faktor keselamatan taman permainan

KUCHING,18 Feb: Penyediaan kemudahan awam perlu mengambil kira aspek mesra kanak-kanak dalam memastikan golongan itu tidak terdedah dengan risiko bahaya.

Inisiatif itu menurut Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kuching sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak yang di bawah inisiatif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi melihat Kuching Family Park di Jalan Sultan Tengah yang telah siap sepenuhnya di Kuching pada Sabtu. Foto: TVS

Justeru itu, aspek mesra kanak-kanak ditekankan dalam usaha Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menyediakan pelbagai kemudahan awam dan harus menepati piawaian yang ditetapkan.

“Begitu juga dengan tempat lain sekiranya sudah disediakan dengan kemudahan permainan kanak-kanak, ia harus mesra kanak-kanak, elakkan peralatan yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka”.

“Memang ada berlaku, apabila kanak-kanak bermain mengalami kecederaan seperti luka kerana sebahagian daripada peralatan tidak diselenggara, ada yang paku terkeluar atau pecah hingga akan mengundang bahaya”.

“Oleh itu, apabila ia disediakan, penyelenggaraan dari semasa ke semasa amat penting agar peralatan itu selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak,” katanya.

Foto: TVS

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan projek naik taraf Kuching Family Park di Jalan Sultan Tengah di Kuching pada Sabtu.

Dr Abdul Rahman menegaskan lagi sekiranya terdapat cadangan untuk membina taman permainan yang mesra kanak-kanak di kawasan kediaman, proses itu harus mengambil kira faktor lokasi yang strategik dan selamat.

“Jadi sediakan tempat yang terbuka, kedua kawasan luas supaya ibu bapa dapat meletakkan kenderaan mereka di kawasan berhampiran taman dan ketiga, tidak terlalu hampir dengan jalan utama, sungai, longkang besar dan bukit”.

“Itu antara ciri-ciri keselamatan yang perlu kita ambil perhatian apabila kita menyediakan kemudahan yang mesra kanak-kanak selaras dengan inti pati perjanjian persefahaman antara DBKU dan UNICEF ke arah mencapai Bandar Mesra Kanak-Kanak,” jelasnya.

Mengulas lanjut kata Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, pemilihan tempat yang terpencil tidak digalakkan sekiranya tidak terdapat kawasan tanah lapang khususnya di kawasan kampung.

Terdahulu, bercakap mengenai projek naik taraf Kuching Family Park di Jalan Sultan Tengah, beliau berkata ia telah siap sepenuhnya dalam tempoh lima bulan sejak dimulakan pada September tahun lalu dengan kerjasama DBKU dan Jabatan Landskap Negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan