Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
60 kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun disiramkan air oleh sepasukan anggota Bomba dalam Program Mega Berkhatan Beramai-Ramai anjuran KPJ Kuching. Foto: TVS

‘Kamek dah bujang’ – laung peserta Program Mega Berkhatan hari ini

KUCHING, 18 Feb: “Saya tidak takut untuk berkhatan hari ini kerana akan berkhatan bersama rakan-rakan”, kata Muhd Hazirul Fikri Mohd Khairul, salah seorang peserta Program Mega Berkhatan beramai-ramai di sini.

Remaja berusia 13 tahun ini merupakan antara 60 kanak-kanak yang melaungkan ‘kamek dah Bujang’ sebelum dikhatankan pada program anjuran KPJ Kuching Specialist Hospital (KeSH) hari ini.

Muhd Hazirul Fikri Mohd Khairul

Ketika ditemui TVS, Muhd Hazirul mendedahkan dirinya agak lewat untuk berkhatan ekoran tidak mahu melalui proses khan secara bersendirian.

“Saya menunggu peluang berkhatan beramai-ramai macam program ini agar tidak takut,” ujarnya.

Situasi serupa bagi Aaron Aniq Hamizan, 12, sambil mengakui berasa seronok apabila disiram Bomba sebelum berkhatan.

Aaron Aniq Hamizan

Terdahulu, program pagi tadi menyaksikan seramai 60 kanak-kanak diarak dengan paluan kompang sebelum dimandikan dengan semburan air oleh Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sarawak cawangan Tabuan Jaya.

Program berkenaan antara salah satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) hospital berkenaan sejajar dengan nilai teras hospital iaitu ‘care for life’ bersempena cuti sekolah.

Dalam perkembangan sama, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata kerajaan Sarawak sentiasa menyokong program pembangunan masyarakat yang dilakukan oleh agensi lain seperti program CSR yang dilaksanakan oleh KPJ Kuching pada hari ini.

Meskipun perniagaan perubatan ketika ini berdepan cabaran justeru itu beliau memuji usaha hospital swasta itu.

“Langkah terbaik dalam perniagaan adalah melakukan sesuatu yang lain dengan memberikan semula kepada masyarakat meskipun menjalankan perniagaan perubatan,” tegasnya.

Foto: TVS

Program pagi tadi turut menyaksikan KPJ Kuching telah menaja 23 peserta yang terdiri dari pelajar Madrasah Ruqyah Al-Elkhsan di Kuching manakala 10 lagi peserta ditaja oleh Sharifah Hasidah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang.

Hadir sama Pengarah Perubatan KeSH, Dr David Ling Sheng Tee, Ahli Lembaga Pengarah KeSH, Dr. Mahadhir Alhady Sulaiman dan Pengurus Besar KeSH, Nurhazimah Mahat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan