Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasar raya Emart melancarkan Emart Baby Fair sehingga 26 Februari ini yang menawarkan barangan bayi dengan harga diskaun. Foto TVS.

Emart Baby Fair tawar diskaun barangan bayi

ByNazirah Adlina

KUCHING, 17 Feb: Pasaraya Emart kini menawarkan harga rendah untuk barangan bayi dan kanak-kanak menerusi pelancaran Emart Baby Fair.

Eksekutif pemasaran Kumpulan Emart, Adeline Pei Sze Mian berkata, Emart Baby Fair mempunyai kelainannya tersendiri kerana selain menawarkan diskaun, pasar raya itu berfungsi sebagai pusat one stop yang memudahkan pelanggan.

“Perbezaan Emart dengan pasar raya lain ialah kita sediakan pusat sehenti yang menawarkan pelbagai barangan keperluan bayi seperti makanan, susu, lampin, pencuci baju, syampu dan barangan permainan.

“Pelanggan boleh menikmati promosi ini di satu lokasi sahaja bagi menjimatkan masa mereka. Bagi pelanggan yang memiliki keahlian Emart, mereka boleh menikmati harga promosi yang lebih rendah,” jelasnya.

Adeline berkata demikian ketika ditemui TVS di Emart Tabuan Jaya, Kuching, baru – baru ini.

Jelasnya lagi, Emart sedar akan kesulitan pelanggannya ekoran kenaikan harga barangan.

Sehubungan itu rangkaian pasar raya berkenaan berharap melalui kempen berkenaan, mereka akan dapat meringankan beban pengguna terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Sementara itu pelanggan Emart, Harith Haziq berkata, menerusi Emart Baby Fair, dia dan isterinya dapat membeli lampin bayi dengan harga yang lebih murah.

“Kadang-kadang kami beli lampin bayi dengan jumlah banyak untuk simpanan namun harganya agak mahal.

“Menerusi kempen ini, ia dapat membantu kami membeli barangan keperluan dengan harga yang lebih jimat,” katanya.

Bagi Lisswa Maya yang baharu sahaja melahirkan anak pertamanya, dia tertarik untuk mengunjungi Emart Baby Fair kerana menawarkan banyak pilihan bagi produk bayi dengan harga yang rendah.

“Ini memudahkan saya kerana barangan yang dijual lengkap dan mempunyai banyak pilihan.

“Memandangkan ini anak pertama, saya boleh cuba pelbagai makanan bayi yang dijual,” katanya.

Lisswa menambah, voucher RM5 yang diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian barangan bayi berjumlah RM150 turut membolehkannnya berjimat.

Emart Baby Fair bermula pada 16 hingga 26 Februari di seluruh cawangan Emart Sarawak antaranya Kuching, Miri dan Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan