Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Usaha memindahkan penduduk terjejas banjir giat dijalankan. Foto: Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB)

Banjir besar melanda Solo, Jawa Tengah, seramai 21,846 orang dipindahkan

JAKARTA, 18 Feb: Seramai 21,846 orang di beberapa kawasan di Kota Solo, Jawa Tengah, terpaksa berpindah selepas kediaman mereka ditenggelami banjir dengan ketinggian paras air mencecah 1.5 meter berpunca daripada limpahan air sungai Bengawan Solo selepas hujan lebat di bandar itu sejak dua hari lalu.

 

Pasukan gabungan memindahkan warga di Kota Solo, Jawa Tengah, menggunakan bot akibat banjir di kawasan itu yang berlaku sejak semalam. Foto: BNPB

Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) mencatatkan sebanyak 13 wilayah di kota itu terjejas banjir, sehingga kini paras air yang tinggi masih membanjiri wilayah berkenaan.

Menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari, dianggarkan jumlah mangsa yang dipindahkan berpotensi meningkat, kerana banjir yang berlaku sejak semalam semakin buruk.

 

Pusat pemindahan telah disiapkan bagi 21,846 warga Solo, Jawa Tengah yang terjejas banjir besar yang melanda kawasan itu. Foto: BNPB

“Kami kini sedang meneruskan pengumpulan data selanjutnya dan cuba menyelamatkan masyarakat yang terjejas banjir sebagai keutamaan untuk dipindahkan,” katanya.

Muhari berkata, sehingga kini pasukannya masih menjalankan proses memindahkan mangsa yang terjejas dan telah menyediakan beberapa pusat pemindahan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan