Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Berkhatan Perdana Darul Hana 2023 dimulakan dengan perarakan peserta yang diketuai oleh Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto: TVS

Acara khatan beramai-ramai, ringankan beban ibu bapa – Dr Abdul Rahman

KUCHING, 18 Feb: Acara meraikan kanak-kanak berkhatan oleh agensi kerajaan bersifat meringankan beban ibu bapa dalam menunaikan ibadah yang disyariatkan oleh agama Islam itu.

Maka pujian seharusnya diberikan kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N4 Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kepada Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) yang menaja seramai 40 kanak-kanak dari kawasan kampung Seberang Hilir untuk berkhatan hari ini.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa yang menguruskan majlis kita pada pagi ini terutamanya pihak LCDA dengan kerjasama ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Kornia, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Bomba dan semua yang terlibat kerana telah menjayakan program,” katanya.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) itu berkata demikian pada Majlis Berkhatan Perdana Darul Hana 2023 bertempat di Surau Al-Kornia, Kampung Surabaya Hilir hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap program tahunan LCDA itu data diteruskan pada tahun mendatang sambil melibatkan semua kanak-kanak di semua kampung di Seberang Hilir.

 

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengetuai perarakan Majlis Berkhatan Perdana Darul Hana 2023. Foto: TVS

 

Sementara itu, Penguru LCDA, Sapheri Rosli berkata objektif program tersebut ingin meringankan beban kewangan ibu bapa atau penjaga dalam kalangan B40. 

Selain itu ujarnya bertujuan untuk meraikan kanak-kanak yang berkhatan dan mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan dengan penduduk Kampung Seberang Hilir.

 

Peserta sedang menunggu giliran untuk berkhatan pada Majlis Berkhatan Perdana Darul Hana 2023. Foto: TVS

 

“Kita juga ingin mengeratkan ukhuwah silaturahim antara agensi kerajaan yg terlibat dengan Projek Pembangunan Darul Hana dengan penduduk Kampung Seberang Hilir dan juga ia adalah sebagai salah satu program tahunan Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) LCDA,” jelasnya.

Malahan, program berkenaan tambahnya sebahagian program kemasyarakatan bagi Program Pembangunan Darul Hana di sini.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi memotong kek pulut sebagai gimik perasmian Majlis Berkhatan Perdana Darul Hana 2023 pada hari ini. Foto: TVS

Perarakan para peserta dalam kalangan umur 9 hingga 13 tahun di sini membuka tirai Majlis Berkhatan Perdana Darul Hana 2023 pada jam 7 pagi selain para peserta disiram dengan air pancutan jentera bomba secara beramai-ramai sebelum berkhatan.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan