SARIKEI, 17 Feb: TVS bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat, malah menjadi platform memperkembangkan bakat anak tempatan, kata Datuk Len Talif Salleh.
Menurut Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar itu stesen televisyen pertama di Sarawak itu amat bermakna terhadap usaha untuk mengangkat tahap industri kreatif di negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Len juga berpendapat TVS turut memainkan peranan penting untuk mencungkil kebolehan anak Sarawak dalam pelbagai bidang.
âDalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), misalnya bidang teknikal semakin banyak peluang yang sudah disediakan oleh kerajaan negeri seperti TVS.
“TVS memerlukan kepakaran-kepakaran dalam bidang sinematografi dan animasi untuk menyediakan rancangan-rancangan dalam TVS,â katanya ketika menghadiri Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Perasmian Dewan SK Sentebu Sarikei, pada Khamis.
Justeru itu, beliau optimis peluang yang disediakan oleh TVS bakal menyediakan lebih banyak pilihan kepada anak Sarawak untuk membina kerjaya masing-masing termasuk bidang baharu, ekonomi digital.
Dalam pada itu, Len menyatakan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan proses pembelajaran anak-anak di sekolah berjalan lancar.
âJika ada anak kita yang tidak mencapai prestasi akademik yang memuaskan, jangan takut dan marah kerana mungkin minat mereka ditempat yang lain.
Mungkin minat dalam seni seperti salah seorang pelajar tadi yang pandai menari tarian ngajat yang berkemungkinan minat dalam bidang seni tarian, muzik atau lakonan,â katanya lagi.
Oleh yang demikian kata Len, para ibu bapa perlu memberi pujian atau penghargaan kepada anak masing-masing sebagai tanda sokongan terhadap minat mereka.
“Ini antara kaedah untuk bagaimana kita membangunkan karakter anak-anak kita supaya mereka dapat berdikari daĹ mempunyai peribadi yang baik serta menjadi pemimpin pada masa yang akan datang,â jelasnya.-TVS