Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman berucap pada Majlis Pelancaran Jersi 2023 pasukan itu di sini malam ini. Foto Mohammad Fahmi Izzuddin Ahmad Joyo (TVS)

Kuching City FC: Dari Liga Rakyat ke Liga Super

ByAkma Salleh

KUCHING, 17 Feb: Kuching City FC, pasukan bola sepak yang bermula pada kancah saingan Liga Rakyat 2015/2016 kini menjadi penyambung legasi Sarawak pada saingan elit bola sepak negara iaitu Liga Super.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, selepas lapan tahun, skuad The Cat kini menyertai liga utama itu secara merit.

Kata beliau, pencapaian berkenaan sangat membanggakan penyokong bola sepak di Sarawak.

“Sarawak melalui Kuching City FC terus kompetitif dalam arus bola sepak negara dengan diwakili kesebelasan utama yang berkaliber.

“Kuching City FC kini mewakili seluruh peminat bola sepak Sarawak,” katanya.

Dato Sri Abdul Karim Abdul Karim (tengah) hadir melancarkan jersi baharu pasukan Kuching City FC di sini malam ini. Foto Mohammad Fahmi Izuddin Ahmad Joyo (TVS).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jersi Kuching City FC 2023 di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman.

Kuching City FC yang dibimbing oleh Irfan Bakti Abu Salim menamatkan saingan Liga Premier pada tahun lepas.

Sementara itu, Abdul Karim memberitahu, Kuching City FC turut menampilkan aksi membanggakan apabila layak ke suku akhir Piala Malaysia dan Piala FA pada edisi lepas.

Pada masa sama, Abdul Karim turut berharap agar penyokong pasukan berkenaan supaya terus memberi sokongan kepada pasukan itu.

“Sokongan padu amat penting untuk industri bola sepak terus berkembang,” katanya.

Sementara itu, Fazzrudin mendedahkan, beliau merupakan salah seorang pemain pasukan itu ketika ditubuhkan pada 2009.

Kata Fazzrudin, pasukan itu ditubuhkan disebabkan minat mendalam terhadap bola sepak bersama rakan – rakannya.

“Kami seterusnya muncul juara Liga Bola Sepak Rakyat pada 2015.

“Banyak pihak yang membantu perjalanan Kuching City FC termasuk Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang ketika itu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok.

“Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang merupakan Ahli Parlimen Petrajaya dan memberi sokongan kepada kami,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan