Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Opar, Billy Sujang ditemui media selepas menghadiri Bengkel Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di Salcra Bajo Training Centre, Lundu pada hari ini.

Kerajaan Sarawak rancang wujudkan bandar di Opar

LUNDU, 17 Feb: Kawasan perbandaran bakal diwujudkan di Opar berikutan kawasan berkenaan tidak mempunyai majlis pentadbiran sendiri.

Perancangan berkenaan dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N1 Opar, Billy Sujang berhubung mahu menjadikan kawasannya memiliki mercu tanda baharu.

Menurutnya mercu tanda berkenaan juga dijangka akan melambangkan komuniti etnik masyarakat Selakor dan Lara yang hanya terdapat di Lundu bagi di seluruh Malaysia.

“Kerajaan Sarawak komited dalam membangunkan setiap kawasan di seluruh negeri termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar N1 di mana usaha ke arah itu telah mula dibincangkan bersama Mini Lab Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Bengkel Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di Salcra Bajo Training Centre, Lundu pada Khamis.

 

ADUN Opar, Billy Sujang menghadiri Bengkel Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA) di Salcra Bajo Training Centre, Lundu pada hari ini. Foto: TVS

“Kita juga akan mewujudkan pusat rekreasi dan pusat kebudayaan yang menunjukkan identiti masyarakat yang terdapat di daerah Lundu khususnya di kawasan Opar, di mana majoriti adalah Bidayuh. Kaum yg lain seperti Iban, Melayu dan Cina juga ada di situ. Jadi, ini yang kita mahu iaitu ada mercu tanda yang menunjukkan bahawa ini adalah kawasan kita,” jelasnya,

Walaubagaimanapun, Billy tidak mendedahkan tempoh waktu pelaksanaan pembangunan yang dirancang namun beliau optimis kerajaan Sarawak tidak akan meminggirkan Opar.

“Kemajuan pembangunan adalah bergantung dengan ketua yang mengetuai GKCDA. Buat masa sekarang, Datu Ik Pahon Joyik adalah Ketua Pegawai Eksekutif GKCDA yang akan memimpin kita semua walaupun saya adalah ADUN Opar, saya juga perlu mendengar arahannya,” katanya lagi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif GKCDA, Datu Ik Pahon Joyik dan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Niponi Undek.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan