ADUN Daro, Safiee Ahmad memotong kek bersama pelajar graduasi Tahun Enam pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Murid Graduasi Tahun Enam dan Prasekolah SK Kampung Sawai, Matu semalam. Foto: TVS

Bangunan baharu prasekolah SK Kampung Sawai bakal dibina

DARO, 17 Feb: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM560,000 untuk membina bangunan baharu Prasekolah SK Kampung Sawai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek pembangunan berkenaan merupakan komitmen kerajaan dalam usaha melonjakkan mutu pendidikan di kawasan pedalaman dan luar bandar.

“Setakat ini, bangunan prasekolah yang sedia ada memang dalam keadaan yang uzur dan boleh saya katakan nampaknya kurang selamat untuk digunakan.”

Jadi sebab itu keperluan untuk membina sebuah bangunan prasekolah yang baharu adalah begitu kritikal. Alhamdulillah kerajaan negeri melalui konsisi hutan telah menyediakan peruntukan dan pihak JKR selaku agensi pelaksana akan melaksanakan projek ini,” katanya.

Shafiee berkata demikian ketika dihubungi TVS selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Murid Graduasi Tahun Enam dan Prasekolah SK Kampung Sawai, Matu pada Khamis.

Safiee berkata, terdahulu beliau sendiri telah mempengerusikan mesyuarat bersama pejabat pendidikan bagi memuktamadkan spesifikasi bangunan prasekolah berkenaan.

“Sebaik sahaja ini telah dimuktamadkan, dan insyaAllah tender bagi melaksanakan projek ini akan dilaksanakan secepat yang mungkin. Sebenarnya, tender bagi melaksanakan projek ini telah diluluskan pada tahun lepas, dan kita berharap supaya projek ini dapat kita laksanakan seawal mungkin dan seboleh-bolehnya ia siap pada tahun ini juga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan status terkini Projek Naik Taraf Dewan Kampung Sawai bernilai RM220,000 akan dilaksanakan pada April tahun ini.

Pada masa yang sama, beberapa projek lain termasuk Projek Naik Taraf Jeti SK Kampung Sawai dengan kos RM150,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Daro juga akan dilaksanakan bagi kemudahan murid yang berulang alik ke sekolah.

BDalam pada itu, beliau menyerahkan sumbangan bernilai RM30,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Sawai, bagi menaiktaraf Astaka Sekolah yang dinamakan semula sebagai Astaka Safiee.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan