Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih gelaran sulung Jelajah Badminton Dunia. Foto Bernama.

BAMTC: Tewas pada India, M’sia naib juara kumpulan B

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib johan selepas tewas pada India 1-4 dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BAMTC) 2023 di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis.

Perseorangan lelaki nombor sembilan dunia, H.S Prannoy mengumpul mata sulung untuk India apabila beliau bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengetepikan jaguh negara Lee Zii Jia, 18-21, 21-13, 25-23 dalam perlawanan pembukaan.

Kemenangan Prannoy memberi lebih keyakinan kepada juara dunia perseorangan wanita 2019, Pusarla V. Sindhu, yang mudah menundukkan pemain muda negara Wong Ling Ching, 21-13, 21-17.

Juara dunia, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengurangkan defisit kekalahan dengan menewaskan Dhruv Kapila-Chirah Shetty, 21-16, 21-10.

Bagaimanapun, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, yang menduduki ranking ke-19 dunia, muncul wira India selepas mereka mengejutkan beregu wanita utama Malaysia yang juga beregu nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah, 23-21, 21-15, sekali gus menjadikan India juara kumpulan.

Beregu campuran nombor 26 dunia, Ishaan Bhatnagar-Tanisha Crasto, melengkapkan kemenangan India dengan meraih mata keempat, meskipun berdepan tentangan hebat daripada gandingan meningkat naik negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, 21-19, 19-21, 21-16.

Sementara itu, Kazakhstan memperoleh tempat ketiga Kumpulan B selepas mengalahkan UAE, 3-2.

Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan akan mara ke suku akhir manakala empat pasukan terbaik layak secara automatik untuk Piala Sudirman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan