Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menaiki kapal transit di Terminal Pertukaran Krew Lembaga Pelabuhan Miri Pulau Melayu. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Sarawak rancang bina pelabuhan baharu di Lawas

ByHafeezzur Muzamir

MIRI, 16 Feb: Kerajaan Sarawak bakal membina pelabuhan baharu di Lawas, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, perancangan berkenaan susulan cadangan untuk menubuhkan sebuah kompleks petrokimia di bandar itu.

“Ini bakal menjadikan pelabuhan di Miri terletak di luar pesisir Miri, selain Teluk Brunei dan menghadap Lawas.

“Perancangan ini juga bertujuan meningkatkan hasil bagi Pelabuhan Miri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Terminal Pertukaran Krew Lembaga Pelabuhan Miri, Pulau Melayu, di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai perkara lain, Abang Johari menegaskan Kerajaan Sarawak akan meneruskan agenda pembangunan di luar bandar meskipun terdapat bantahan daripada segelintir penduduk.

Jelas beliau, antaranya penyediaan air terawat dan berkualiti di Mulu namun seperti biasa, ada dalam kalangan penduduk termasuk tuai rumah yang membantah.

Menurut Abang Johari, pihak yang membantah projek kesejahteraan rakyat dilaksanakan kerajaan negeri perlu menilai kembali pendirian mereka.

“Kalau kita tidak beri, mereka cakap (kerajaan negeri) tidak tolong. Ini kerajaan tolong pun dia tidak setuju,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, pihaknya akan terus menyantuni penduduk di luar bandar bagi menerangkan kebaikan dan kepentingan inisiatif yang dirancang Kerajaan Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan