Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas hadir Malam Media 2023 kementerian itu di ibu negara malam tadi. Foto TVS.

KPWKM fokus laksana Akta Antigangguan Seksual untuk 2023 – Nancy

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2021 (Akta 840) akan menjadi tumpuan utama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk dilaksanakan tahun ini, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga menteri bertanggungjawab bagi kementerian berkenaan berkata, sehubungan itu peraturan berkaitan akan dirangka untuk merealisasikan perkara itu.

Tambah Nancy, akta berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Oktober lepas malah telah diwartakan 18 Okt lalu.

“KPWKM mahu mengekang sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan masyarakat.

“Ketika ini, KPWKM sedang memperhalusi akta tersebut supaya ia tidak dapat disalah guna oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program KPWKM Bersama Media 2023, di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalannya, Aiman Athirah Sabu.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, rangka berkenaan sangat penting supaya kementerian jelas dengan apa yang ingin dicapai menerusi pengenalan akta berkenaan.

“Kita perlu faham (situasi) mereka yang akan menerima laporan daripada mangsa kerana prosedur ini sangat kritikal untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Mengenai peranan media pula, Nancy berkata, beliau menghargai media sebagai pihak yang membantu kerajaan menyebar pelbagai inisiatif yang diperkenalkan.

“Media juga bertindak sebagai ejen pengubah bagi menyampaikan maklumat yang sahih khususnya kepada kumpulan sasar kementerian,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan