Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada pemberita selepas hadir Malam Media 2023 kementerian itu di ibu negara malam tadi. Foto TVS.

Konsep Madani selaras dengan tujuan penubuhan KPWKM – Nancy

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Konsep Malaysia Madani akan dilaksanakan secara terus ke dalam ekosistem Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri KPWKM berkata, konsep berkenaan sangat dekat dengan kementeriannya itu yang dibentuk berdasarkan ihsan dan penjagaan kebajikan masyarakat secara amnya.

“Di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kita sudah mengadaptasi Kasih Madani yang memberi fokus kepada perkembangan dan penjagaan sesebuah institusi keluarga.

“Ini merupakan salah satu elemen penting dalam Madani.

“Kita juga mahu mengangkat martabat kaum wanita dalam masyarakat dan InsyaAllah kita akan bawakan banyak lagi program,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program KPWKM Bersama Media 2023, di sini malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Timbalannya, Aiman Athirah Sabu serta Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff.

Pada masa sama, Nancy menanggap kerjasama erat antara pihak KPWKM dan media sangat penting bagi penyebaran maklumat yang sahih terutamanya yang berkaitan dengan keganasan terhadap kaum wanita dan kanak-kanak.

“Laporan mengenai keganasan perlu disiarkan supaya memberi kesedaran kepada orang lain untuk mengambil tindakan sekiranya mereka menjadi mangsa.

“Kita tidak mahu menyembunyikan kejadian seperti ini dan memberi gambaran bahawa mangsa diabaikan jika kita berbuat demikian,” jelas Nancy lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan