Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi bercakap pada sidang media.Foto: TVS

Kelewatan kerja pemasangan paip Jalan Pujut link diatasi menjelang Mei ini – Julaihi

MIRI, 16 Feb: Kelewatan kerja pemasangan paip dalam Pakej Kerja Sungai Tangap di Jalan Pujut Link (WPC11) diatasi menjelang Mei tahun ini, kata Datuk Julaihi Narawi.

Menurut Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) mengenalpasti punca kelewatan berlaku susulan kemajuan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Jelasnya agensi berkenaan juga telah mencadangkan kerja pemasangan dilaksanakan dengan segera namun secara berperingkat mengikut beberapa pecahan kawasan.

Beliau mendedahkan antara projek yang terlibat ialah projek cadangan tangki tanah tinggi 5.0 mililiter dan projek naik taraf sistem pam di Stesen Booster Bukit Song Bahagian Miri yang terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir.

Seterusnya kata Julaihi projek cadangan sambungan Watermain ke Kampung Sungai Teniku yang terletak dalam kawasan Parlimen Sibuti dan DUN Senadin juga dilaporkan mengalami kelewatan.

“Projek bekalan air Luar bandar suai kompleks fasa 2 bahagian Miri yang terletak dalam kawasan DUN Kemena dan DUN Samalaju dan DUN Bekenu,” katanya pada sidan media di Pejabat Tapak Pan Borneo Bekenu semalam.

Julaihi memberitahu unit Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyediakan tapak kepada pihak JBALB untuk melakukan kerja-kerja berkaitan dengan penyambungan paip setelah selesai projek pembinaan lebuhraya di kawasan terlibat.

“Mereka telah memberi komitmen bahawa pada Julai, mereka akan dapat membuat sesuatu untuk membolehkan pihak JBALB melakukan kerja.”

“Setakat ini projek pertama telah diserahkan kepada JBALB adalah sepanjang 26 kilometer (km) untuk meneruskan kerja mereka dengan 5 km lagi akan diserahkan pada Julai, manakala tapak projek kedua akan diserahkan pada April manakala projek ketiga pada bulan Mei tahun ini,” ujarnya.

Justeru itu, beliau meminta pemantauan rapi di tapak lapangan dilaksanakan pihak Unit Pan Borneo JKR bagi memastikan kontraktor di bawah mereka menyiapkan kerja pemasangan paip di semja lokasi terlibat.

“Hal ini bagi memastikan sekiranya berlaku kerosakan atau kebocoran paip, pihak JKR dapat memaklumkan situasi tersebut kepada pihak JBALB, pihak Laku Management Sdn Bhd dan pihak berkaitan secepat mungkin supaya tindakan dapat diambil dengan segera,” tegasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan