Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dr Richard Rapu. Foto TVS

Kekalkan peruntukan RM3.8 juta – Dr Richard Rapu

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan disaran supaya mengekalkan peruntukan sebanyak RM3.8 juta kepada Ahli Parlimen, kata Dr. Richard Rapu.

Ahli Parlimen Betong itu berkata, sekiranya kerajaan meneruskan keputusan untuk memotong peruntukan, mekanisme baharu perlu dicadangkan bagi membantu kawasan parlimen.

“Jumlah baharu itu kecil jika digunakan sepenuhnya untuk membantu masyarakat.

“Apabila peruntukan dikurangkan, memang tidak cukup,” katanya kepada TVS di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengesahkan peruntukan pembangunan kepada ahli-ahli Parlimen tahun ini akan dikurangkan sebagai langkah mengawal kewangan negara.

Difahamkan, peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan (back-bencher) akan dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Mengulas lanjut, Richard berkata, beliau berharap agar Perdana Menteri akan mendengar keluhan disuarakan oleh wakil rakyat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan