Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri bercakap kepada TVS di Parlimen hari ini. Foto TVS.

JKM perlu peruntukan khas bangunkan sistem data – Nancy

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Sistem penyimpanan data bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakarat (KPWKM) perlu dinaik taraf kepada sistem berpusat untuk meningkatkan lagi kualiti penyampaian terutamanya bagi Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM).

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau berharap agar belanjawan yang bakal dibentangkan Jumaat depan dapat memberikan peruntukan untuk melaksanakan perancangan itu.

Jelasnya penambahbaikan itu perlu memandangkan JKM ketika ini masih tidak mampu untuk mengeluarkan jumlah data berkenaan pelbagai kes di seluruh negara.

“Situasi ini menyukarkan pihak kita untuk mendapat data yang tepat.

“Sebagai contoh, jika saya mahu mendapat jumlah kes dera melibatkan kanak-kanak di seluruh negara, saya perlu bertanya kepada seorang pegawai dan pegawai ini kemudian perlu mendapatkan maklumat berkenaan daripada pegawai lain.

“Ini menunjukkan sistem yang digunakan ketika ini tidak sesuai untuk dipraktikkan bagi jangka masa panjang,” katanya kepada TVS hari ini.

Sementara itu, Nancy memaklumkan, KPWKM akan memperkenalkan sistem kod imbas QR yang mengandungi penjelasan mengenai keperluan Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak lama lagi.

“Ini sangat praktikal untuk ibu bapa, penjaga dan orang ramai untuk mempelajari ilmu yang diperlukan bagi menjaga ahli keluarga mereka yang berstatus OKU,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan