Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua terkorban selepas helikopter Black Hawk terhempas di lebuh raya di Alabama, Amerika Syarikat (AS) semalam. Foto Video Reuters.

Helikopter Black Hawk terhempas di Alabama, dua terkorban

ByBernama

WASHINGTON, 16 Feb: Sebuah helikopter Black Hawk terhempas di lebuh raya di Alabama, Amerika Syarikat (AS) semalam yang mengorbankan dua anggota dari Tennessee.

Helikopter UH-60 Black Hawk itu terhempas pada pukul 3 petang waktu tempatan semasa menjalani latihan penerbangan berhampiran Lebuhraya 53 dan Burwell Road di Huntsville, menurut Agensi Anadolu.

“Kami sedih atas kehilangan dua Pengawal Kebangsaan Tennessee dan doa kami bersama keluarga mereka…,” kata Adjutan Jeneral Tennessee Brigedier Jeneral Warner Ros dalam satu kenyataan.

Siasatan sedang dijalankan.

Tiada anggota lain atau orang awam cedera dalam nahas itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan