Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Gambar Fail. Foto: Bernama

BAMTC: Malaysia benam Kazakhstan 5-0

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb:  Malaysia terus mara ke hadapan dalam saingan Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), selepas menewaskan Kazakhstan 5-0 pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan B, semalam.

Pada perlawanan di Pusat Pameran Dubai itu, pemain perseorangan wanita negara Wong Ling Ching memastikan mata pertama diperoleh, selepas mudah menewaskan Aisha Zhumabek 21-6 dan 21-13 dalam tempoh 21 minit.

Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao kemudian melebarkan jurang mata 2-0 ke atas pasukan lawan, selepas memenangi perlawanan perseorangan lelaki menewaskan Dmitriy Panarin 21-12 dan 21-16.

Mata ketiga buat negara terus dikutip menerusi beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, selepas menundukkan Nargiza Rakhmetullayeva-Kamila Smagulova 21-7 dan 21-7, dalam tempoh 19 minit.

Malaysia kian selesa dengan meraih mata keempat dan kelima masing-masing menerusi beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menewaskan Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov 21-5 dan 21-17 diikuti beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek 21-9 dan 21-10.

Malaysia bakal berdepan India bagi perlawanan penentuan juara peringkat Kumpulan B hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan